Tuesday, January 25, 2011

Khasiat Tempe Merujuk kepada Dr Bernard Jensen

Tempe diperbuat dari adunan kacang soya yang diketahui khasiatnya yang pelbagai. Ia dibungkus dengan daun lebar seperti daun rambai dan ada juga dengan daun pisang dan kemudian dibalut dengan kertas surat khabar serta diikat dengan getah pembalut. Tempe boleh didapati di kebanyakan pasar dan kedai runcit tidak kira dalam bungkusan tradisinya mahupun hanya dibungkus dengan plastik sahaja.

Apa yang saya ingin paparkan mengenai kebaikan tempe ini adalah kandungan probiotik yang terdapat dalam makanan tradisi ini. Apakah itu probiotik? Ia adalah bakteria yang membantu dalam pelbagai proses yang berlaku dalam tubuh badan kita. Dr. Bernard Jensen, merupakan seorang pakar dalam bidang terapeutik probiotik merumuskan fungsi probiotik dalam tubuh kita:

1. Membantu pergerakan usus
2. Membantu penambahbaikkan sistem imun
3. Membantu pembentukan vitamin
4. Membantu penyahaktifan agen barah
5. Membantu mengawal kolestrol dan paras hormon
6. Membantu dalam penghasilan laktasi (enzim pengurai susu)

Dengan adanya probiotik, ia dapat mengatasi gangguan keseimbangan bakteria didalam tubuh yang disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:

1. Gaya hidup yang tidak sihat
2. Amalan permakanan yang tidak teratur
3. Penggunaan antibiotic yang tidak terkawal
4. Tekanan mental
5. Persekitaran yang tercemar.

Berbalik kepada ‘tempe’ tadi, ia mengandungi bakteria asid laktik (strain TH10) yang mampu melawan bacteria berbahaya MRSA (methilcillin resistance staphylococeus). Oleh itu, apa kata anda? Adakah tempe akan menggantikan makanan segera seperti pizza, kentang goreng dan burger dalam kehidupan anda.

Selamat Datang Ke Laman Blog Tempe Sekinchan

Selamat datang ke laman blog tempe sekinchan.Saya akan membawa para pengunjung laman blog ini mengenai Tempe ( Fermented Soy Bean)  dan kebaikannya. Di samping itu, para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat kepada mereka yang berminat untuk membuat tempahan.

What is Tempe?
 Tempe adalah makanan yang dibuat dari proses penapaian/pengulatan terhadap biji soya atau beberapa bahan lain yang menggunakan beberapa jenis kapang Rhizopus, seperti Rhizopus oligosporus, Rh. oryzae, Rh. stolonifer (kapang roti), atau Rh. arrhizus. Pernyediaan penapaian/pengulatan ini secara umumnya dibuat menggunakan "ragi tempe".

How To Make Tempe?
Proses pembuatan tempe meliputi perebusan (steaming), penapaian/pengulatan ( fermentation), pembungkusan (packing). Proses ini kebiasaannya mengambil masa 3 hari untuk tempoh matang tempe dan 3 hari seterusnya untuk tempoh luput jika dibiarkan pada suhu bilik (berdasarkan kebiasaan bukan secara saintifik)

Benefits of Tempe?
Kebaikan tempe seringkali menarik perhatian bagi pihak yang mengamalkannya. Terdapat sumber-sumber yang mengatakan amalan pemakanan tempe boleh mencantikkan kulit dan juga menggantikan sel-sel kulit mati (Berita Harian). Namun begitu, kajian secara mendalam perlu diadakan untuk mengetahui lagi kebaikan-kebaikan berkenaan tempe.

Foods Preparation?
Wayahani, penyediaan tempe dalam masakan seringkali wujud dimana-mana sahaja. Penyediaan tempe begitu subjektif kerana setiap masyrakat mempunyai pelbagai cara. Namun begitu, ia boleh dimakan setelah proses penapaian selesai berlaku. Pelbagai kaum di Malaysia terutamanya Melayu, gemar menggoreng tempe bersama kunyit dan sedikit garam kerana kelemakkan dan keenakan tempe tersebut. Tidak lupa juga sewaktu perayaan, ianya dimasak dalam penyediaan Lodeh.

Products:
Tempe  Sekinchan membekalkan Tempe Mentah ( Fremented Soy Bean) dan Kerepek Tempe (Soy Bean Chips/ Tempe Cracker) secara pukal dan juga berdasarkan tempahan. Sebarang tempahan, boleh dilakukan dengan menghubungi saudara Hairul Ashid Paat di talian 017-6676857